Ceritanya> This week, aku ade pegi Kpg Melayu Subang. Kami melawat premis sebuah syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kpg Melayu Subang. Untuk makluman, depa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari "farm" dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan "perniagaan" iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit. Findings Apa yang menariknya? Kami dapati senarai pelangggannya meliputi kedai makan chinese, restoran mamak dan restoran melayu. Distribution depa menganjur dari Sg. Buloh sampailah ke Shah Alam. Apa yang lagi menarik? Ya... best betul tengok beberapa ekor anjing bergelimpangan tidur (mungkin penat kot malam tadi depa sentri jaga gudang) dicelah-celah kawanan telur tersebut.... Kesimpulan Aku rasa loya nak makan kat kedai....kedai makanan termasuk Shah Alam pun ade yang ambil dari pemborong ni... emmm sedapnya sehingga menjilat siku....Orang boleh kata, la... bila kita makan roti telur ke, lauk telur ke, kan telur tu tak payah sembelih...lagipun mana nampak najis? Tak nampak PONNNNN !!!! So, apa ada hal! Penutup, Dulu aku sensitif pasal kes 1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam 2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu.. 3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing... emmm.. goreng pon sodap!Kawan aku merangkap jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak.... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisamasakan telur. Moral of the story> Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan. Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah.. no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya... disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya. Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong. Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines. AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM,BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL "LOGO" HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA....
Wednesday, May 21, 2008
"Mamak Klon" - cerita dari kawan.
Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 anak bujang (Ikmal, Azrin) plus kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu 'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya, Senawang . Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-Frank : "Ini kedai halal ka?"Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana , itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)F : "Awak muslim ke?"R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)F : "Mengucap tengok!"R.A : "Ahh?"F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"R.A : "Apa itu?"F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"R.A : (Start panicking...)F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"R.A : (truly panic, looked scared also)F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."Pendekkan insiden perbualan sampai sini...Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4 kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun (langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol dia gabrah... Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah, buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya, pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu jadi tanda soal. Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke. Soal bersih kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah forward to some of you earlier. Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu. Saya sendiri dah bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian.Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan. Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan makanan kita. Sdra / Sdri pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan tu suroh dia mengucap tengok!
SISTEM DEMERIT (KEJARA)
APAKAH DIA SISTEM KEJARA
Pergertian Umum: Sistem KEJARA adalah singkatan daripada perkataan Sistem KESELAMATAN JALANRAYA. Sistem ini ditujukan khas kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memiliki lesen memandu CDL dan Lesen Memandu Percubaan. Pengertian Khusus: Sistem pemberian mata demerit kepada pemandu-pemandu kenderaan yang telah disabitkan kesalahan samada melalui bayaran kompaun (Polis atau JPJ) atau denda (Mahkamah) bagi kesalahan terjadual.
Pergertian Umum: Sistem KEJARA adalah singkatan daripada perkataan Sistem KESELAMATAN JALANRAYA. Sistem ini ditujukan khas kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memiliki lesen memandu CDL dan Lesen Memandu Percubaan. Pengertian Khusus: Sistem pemberian mata demerit kepada pemandu-pemandu kenderaan yang telah disabitkan kesalahan samada melalui bayaran kompaun (Polis atau JPJ) atau denda (Mahkamah) bagi kesalahan terjadual.
KENAPA SISTEM KEJARA DIUJUDKAN?
Ya, menjadi tandatanya kenapa sistem ini diujudkan?
Untuk Mengurangkan Kadar kemalangan jalanraya
Untuk meningkatkan kesedaran kepada pemandu-pemandu mengenai keselamatan jalanraya.
Memastikan pemandu-pemandu mematuhi peraturan-peraturan jalanraya.
Meujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya.
Mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan jalanraya
BAGAIMANA SISTEM KEJARA BERFUNGSI?
Sistem KEJARA berfungsi di bawah APJ 35, 35A, 37 dan 38 dan juga Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Mata Demerit) 1997.
Rekod pesalah Sistem KEJARA diujudkan melalui notis saman yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan terjadual dan mata demerit akan dikira.
Bagi pemandu lesen CDL yang telah mengumpul 15 atau lebih mata demerit, tindakan berikut akan diambil:-
Mata Kesalahan - Hukuman
15 mata atau lebih - Lesen Memandu akan digantung 6 bulan 15 atau lebih mata demerit bagi kali kedua - lesen memandu akan digantung 12 bulan 15 atau lebih mata demerit bagi kali ketiga (dalam tempoh 5 tahun - Lesen Memandu digantung 12 bulan dan tindakan pembatalan lesen akan dibuat
Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan.
Bagi pemandu Lesen percubaan yang telah mengumpul 10 atau lebih mata demerit, Lesen Percubaan akan dibatalkan.
Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P' atau CDL), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh balik lesen.
KURSUS PEMULIHAN / PEMBERIAN BONUS / PENALTI
Ketua Pengarah boleh mengarahkan pemegang lesen memandu yang lesennya telah digantung menghadiri kursus pemulihan. Jika pemegang lesen telah menghadiri dengan jayanya dia layak untuk mendapat pengurangan tempoh penggantungan seperti berikut: Tempoh Penggantungan - Tempoh Pengurangan Penggantungan kali pertama - 1 minggu Penggantungan kali kedua - 8 minggu Pemberian Bonus: Bagi pemandi-pemandu lesen CDL yang mendapat mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakkukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan. Penalti: Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didenda RM2,000.00 atau enam (6) bulan penjara.
KESALAHAN-KESALAHAN TERJADUAL DAN MATA DEMERIT YANG DIBERIKAN
KESALAHAN - MATA DEMERIT
Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada dibawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah - 15 mata
Memandu dengan melulu atau membahayakan - 15 mata
Memandu dengan tak cermat dan tak bertimbangrasa - 15 mata
Pertandingan(berlumba)atau dugaan kelajuan - 15 mata
Tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis - 15 mata
Gagal mematuhi lampu isyarat - 10 mata
Melebihi had laju yang dikenaka pada sesuatu jalan atau kenderaan: Melebihi 40 km/j - 10 mata Melebihi 26 km/j-40 km/j - 8 mata Melebihi 1 km/j-25 km/j - 6 mata
Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan semasa memotong (termasuk memotong 'Q') - 8 mata
Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau kenderaan polis atau kenderaan kastam atak kenderaan jpj - 8 mata
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dilintasan pejalan kaki - 8 mata
Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan disebelah kiri jalan - 8 mata
Gagal berhenti dipersimpangan - 8 mata
Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan (termasuk penggunaan telefon bimbit) - 8 mata
Menggunakan kenderaan motor di jalan yang disekat - 5 mata
Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalulintas - 5 mata
Menggunakan tayar botak - 5 mata
Memotong di garisan berkembar (garisan tidak putus) - 5 mata
Gagal mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan pada lesen memandu percubaan (kKedah 15A kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu 1992): Gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-sama semasa memandu - 5 mata Gagal mempamerkan tanda pengenalan ditempat yang mudah dilihat mengikut gambar rajah Jadualkeenam Kaedah-kaedah tersebut - 10 mata Gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00 - 5 mata
Tuesday, May 20, 2008
MPV Proton Terbaru
Ni betul-betul punya cerita…semasa kawan gi inspection kat Tangkak terjumpa MPV Proton yang bakal dikeluarkan pada tahun depan.Memang best
1. Rasanya mempunyai 7 atau 8 tempat duduk
2. Power stering
3. Spot rim cantik…tapi tak sempat nak ambik gambar
4. Multipurpose….macam-macam boleh digunakan untuk angkut barang dan orang..
5. Warna body yg dilihat hanya warna putih aja…rasanya warna lain ada kot!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)