Tuesday, May 20, 2008

PROTON SATRIA


Proton Satria
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Proton Satria
Pengilang
Proton
Pengeluaran
1995–sekarang
Kelas
KompakKompak sports
Stail badan
Hatchback 3 pintu
Pelantar
FF
Serupa
Mitsubishi Mirage
Generasi pertama

Juga dikenali
Proton CompactProton Persona CompactSiri Proton 300
Pengeluaran
1995–2006
Enjin
1.3 L 4G13 I41.5 L 4G15 I41.6 L 4G92 I41.8 L 4G93 I4
Tapak roda
2440 mm
Panjang
3995 mm
Lebar
1710 mm
Tinggi
1365 mm
Berat kering
1115 kg
Berkait
Mitsubishi Mirage
Generasi kedua (Satria Neo)

Pengeluaran
2006–sekarang
Enjin
1.3 L Campro S4PE I41.6 L Campro S4PH I4
Tapak roda
2440 mm
Panjang
3905 mm
Lebar
1710 mm
Tinggi
1420 mm
Berat kering
1172 kg
Berkait
Proton Gen-2
Proton Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang. Nama Satria yang bermaksud "pahlawan diraja" dalam Bahasa Melayu dipilih bagi menampilkan rasa sporty bagi kereta ini.


Generasi pertama (Satria; 1995-2006)

Proton Satria GTi
Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin Mistubishi Orion yang turut digunakan dalam Proton Saga dan Proton Wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin Mitsubishi 4G9 yang juga digunakan pada Proton Wira 1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transmisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).
Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-
Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.

Generasi kedua (Satria Neo; 2006-sekarang)
Proton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual serta transmisi automatik.

No comments: